Isnin, 06 Februari 2012
Terengganu Lembah Jagung Hibrid PDF Cetak Emel
Ditulis oleh tadc   
Selasa, 09 Jun 2009 02:02

TADC yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang sedang menerokai pasaran tanaman jagung hibrid diperingkat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat dalam tempoh bulan Julai nanti menerusi kerjasama dengan Nelson’s Franchise (M) Sdn Bhd (Nelson’s). Syarikat itu yang berpengalaman dalam pasaran jagung akan memasarkan hasil petani ke seluruh dunia temasuk Eropah dan Timur Tengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat berkata pada majlis menandatangani Perjanjian Usahasama Tanaman Jagung Hibrid Antara TADC dan Nelson's Franchise (M) Sdn Bhd  di Rumah Rehat Kuala Berang pada 14 Mei baru-baru ini, 4,000 hektar kawasan penanaman jagung baru akan diwujudkan di negeri ini dalam tempoh empat tahun akan datang bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan khususnya golongan miskin.

Pada majlis tersebut, TADC diwakili Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Mohd Rosli Harun manakala Nelson’s Franchise diwakili Pengasas dan Pengarah Urusannya, Nelson Kwok Teng Toong.

 


Klik pada gambar untuk besarkan

Kali Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 14 November 2009 12:49 )