| Majlis Promosi Hasil Ternakan Ikan Sungai Como, Tasik Kenyir |
|
|
|
| Ditulis oleh tadc |
| Ahad, 12 Julai 2009 03:08 |
|
Kuala Terengganu - Terengganu Agrotech Development Sdn. Bhd. (TADC) bersama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Promosi Ikan Sg. Como di Taman Syahbandar di sini pada 16 Jun, Selasa lalu yang dirasmikan oleh YB En. Rozi Bin Mamat. Pelbagai acara menarik diadakan pada pagi tersebut di mana acara yang paling mendapat perhatian ramai adalah pertandingan memasak. 2 orang wakil dari TADC turut menyertai pertandingan ini. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Chef Ismail yang tidak kering idea dengan celoteh spontan. Gerai TADC mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Tarikan utama gerai TADC semestinya ikan air tawar yang dijual secara hidup dengan harga murah terdiri daripada spesies Tilapia, Patin dan Siakap. Kakitangan TADC juga berpeluang bergambar dengan Chef Ismail yang tidak lekang dengan senyuman. Ternyata beliau seorang yang begitu mesra dan disenangi. .
|
| Kali Terakhir dikemaskini ( Khamis, 18 Mac 2010 04:35 ) |


