Isnin, 06 September 2010
Ikan Air Tawar Laris Di Luar Negara PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Joe   
Isnin, 10 Ogos 2009 05:13


Sekurang-kurangnya tujuh buah negara sudah menyatakan hasrat mendapatkan bekalan ikan air tawar dari Terengganu untuk pasaran di negara masing-masing. Negara tersebut seperti Arab Saudi, India, Hong Kong, Kuwait, Iran, Dubai dan Singapura yang memilih negeri ini sebagai destinasi utama untuk mengimport ikan bagi memenuhi keperluan di Negara mereka.

Maklum balas positif setelah beberapa promosi dijalankan oleh Terengganu Agrotech Development Corpration (TADC) di luar Negara diikuti dengan kunjungan beberapa wakil Negara terbabit ke tempat projek. Ketua Pegawai Operasi TADC, Haji Rosli Harun menyatakan keyakinan Projek Berimpak Tinggi (HIP) yang dijalankan di Sungai Como, Tasik Kenyir akan mencapai sasaran.

Tahun ini kita mengandakan usaha dengan menambah 2,000 sangkar dan purata pengeluaran adalah satu tan metric (tm) ikan bagi setiap sangkar dan dengan 2,000 sangkar, 2,000 tm ikan dapat dikeluarkan bagi satu pusingan.“Secara kasar kita beroleh RM10 juta bagi satu pusingan dengan mengambil kira harga Tilapia dan Patin di pasaran antara RM5.00 sekilogram manakala Siakap RM12.00 sekilogram,” katanya.

Setiap jenis ikan mempunyai tempoh matang yang berbeza, Siakap  mempunyai tempoh matang lapan bulan manakala Patin dan Tilapia enam bulan. Oleh itu, pengeluaran ikan hanya dapat dibuat dua pusingan dalam setahun dengan pendapatan kasar lebih kurang RM20 juta. “Sehingga ini beberapa perbincangan urusniaga sedang rancak berjalan dan permintaan Dubai yang memerlukan tiga kontena atau 60 tm ikan segar setiap minggu dalam perhatian pihak TADC,” katanya.

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada luar Negara TADC berhasrat meningkatkan pengeluaran ikan kepada 9,000 tm menjelang 2010. Tambahnya, ikan Tilapia Merah menjadi pilihan utama pengemar ikan daripada luar Negara berbanding ikan Patin dan Siakap yang menjadi pilihan kedua. Untuk pasaran dalam Negara katanya, sebanyak 10 tm ikan basah setiap minggu akan mula berada di Pasar Borong dan Pasar Raya disekitar Lembah Klang mulai Ogos depan.

Katanya, tahun ini empat juta benih ikan akan dimasukkan kedalam 2,000 sangkar atau 10 blok (satu blok 200 sangkar) ini tidak termasuk satu blok asuhan yang menempatkan benih ikan sebelum dipindahkan ke sangkar ternakan. Setiap penjualan bermotifkan keuntungan namun TADC meletakkan laba yang diperolehi turut dikecapi oleh peserta projeknya yang terdiri daripada golongan miskin dan belia lepasan sekolah.

Kali Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 Disember 2009 15:45 )