|
Ditulis oleh Joe
|
|
Isnin, 10 Ogos 2009 08:44 |
|

KUALA BERANG: Kerajaan negeri mahu anak syarikatnya, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) mengambil tindakan segera menstabilkan harga duku, langsat, rambutan, cempedak dan durian bagi mengelak lambakan hasil tani itu di pasaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Rozi Mamat, berkata lambakan buah-buahan terutamanya duku dan durian di pasaran tidak dapat dielakkan berikutan pengeluaran buah bermusim itu serentak dengan negeri lain terutamanya Johor yang mencatatkan jumlah pengeluaran tinggi.
"Sebelum ini, pekebun buah-buahan tempatan memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan duku Terengganu, tetapi harga buah berkenaan jatuh mendadak berikutan pekebun di Johor juga mengeluarkan duku baka Terengganu.
"Bagi menyelesaikan masalah lambakan duku dan durian, kita sudah mengarahkan TADC mencari kaedah sesuai, termasuk membeli buah-buahan itu secara terus daripada pekebun sebagai alternatif, sekali gus menyelesaikan masalah pendapatan di kalangan pekebun kita," katanya selepas merasmikan Program Gotong Royong 1Malaysia di Kampung Kuala Menjing, di sini, kelmarin.
|
|
Kali Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 Disember 2009 15:43 )
|